Saturday 16 June 2012

Kemaafan....


Musa bin Imran bertanya: "Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: "Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain."

Manusia sebagai makhluk sosial tidak akan terlepas dari hubungan dengan manusia lain. Memaafkan dan terkadang melupakan merupakan bahagian dari keperluan hubungan sosial. Tanpa perasaan memaafkan, maka tidak akan berlangsung kehidupan manusia hingga saat ini. Nescaya akan ada banyak perselisihan yang tak kan pernah habisnya. Manusia sebagai makhluk yang berakal juga memiliki perasaan. Kedua potensi itu memungkinkan untuk memiliki sifat-sifat yang mulia, tapi juga sebaliknya. Kedua potensi itu pula dapat merendahkan manusia lebih dari binatang.


Kemaafan Menurut Pandangan Pelbagai Agama:

*Ajaran Buddha melihat kemaafan sebagai latihan menghalang pemikiran jahat daripada menjadi kaca/bilau kepada kesihatan mental seseorang. Perasaan dendam serta hasad dengki boleh meninggalkan kesan jangka panjang dalam karma minda. Oleh itu, agama Buddha menggalakkan percambahan fikiran yang boleh meninggalkan kesan positif yang menyeluruh.

*Ajaran Kristian mengajar penganutnya menerima kemaafan lebih telus melalui perasaan ikhlas bertaubat kepada Tuhan. Pengakuan dan doa oleh pesalah merupakan cara memohon kemaafan. Hal ini disokong dengan pengakuan kepada Tuhan kerana Tuhan Maha Pengampun.

*Ajaran Hindu, iaitu petikan dalam kitab Mahabharata menyebut "Hanya ada satu kecacatan dalam memaafkan sesorang, iaitu ramai menganggap orang yang memafkan bersifat lemah. Hal ini tidak wajar diambil kira kerana kemaafan merupakan kuasa terhebat."

*Ajaran Islam pula menegaskan bahawa Allah Yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun menyuruh kita supaya selalu memaafkan kesalahan orang seperti dalam firmanNya "Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'aruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh."(Al-A'raf :199)



Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.


Firman Allah SWT:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)





No comments:

Post a Comment