Monday 18 June 2012

Kahwin Gantung


Suka saya untuk kongsikan tentang kahwin gantung. Ramai yang masih tidak mengetahui apa itu kahwin gantung terutamanya golongan remaja. Mereka masih tidak tahu hukum sebenar kahwin gantung. Ramai yang ambil remeh tentang perkara ini dan masih tidak tahu sebab kenapa perlunya kahwin gantung ini. Ada yang memandang negatif tentang perkara ini. Sebenarnya kahwin gantung ni sangat sesuai untuk belia yang masih menuntut ilmu di pusat pengajian untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini seperti maksiat atau sebagainya.

Nikah gantung(atau dalam bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahab dimana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-kedua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.


“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” (An-Nur : 32)


Aysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .




No comments:

Post a Comment