Monday 18 June 2012

Kena Pecat!




Tepat pukul 9 pagi. Seorang pekerja lelaki yang berumur dalam lingkungan 30an memasuki pejabat untuk memulakan kerjanya. Dengan senang hati dia duduk di ruang kerjanya sambil tersenyum. Ini adalah pekerjaan yang paling diminatinya sejak dia mula masuk ke alam pekerjaan sejak 5 tahun yang lalu. Sebelum ni dia selalu dipecat kerana sebab yang dia sendiri tidak mengetahui.

9.15 pagi. Seorang wanita yang cantik jelita masuk ke ruang kerjanya sambil tersenyum. Wanita tersebut merupakan setiausaha kepada bosnya. "Bos panggil ke biliknya sekarang" kata perempuan tersebut. Dengan rasa terkejut dan berdebar dia pun perlahan bangun dari kerusinya lalu menuju ke bilik bos.

Bos: Mulai hari ni, awak dipecat!

Dengan terkejut beruk. dia terus bertanya

Hero: kenapa bos?
Bos: Cuba tanya diri awak sendiri apa yang awak buat selama awak bekerja disini. Cuba bagitahu saya.
Hero: erm saya rasa saya tak ada buat apa-apa bos.
Bos: ha tu la sebabnya kenapa awak dipecat!


No comments:

Post a Comment