Friday 1 June 2012

Hasanah dunia dan Hasanah akhirat


Seringkali di dalam doa selepas solat kita membaca dan memohon kepada Allah SWT  agar dikurniakan hasanah (kebaikan) dunia dan hasanah (kebaikan) akhirat.
Untuk memperolehi kedua-dua kebaikan ini, ia perlulah hidayah dan petunjuk bersumberkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Kejayaan Sebenar
Fitrah manusia berhajat kepada kejayaan, kebahagiaan, kecemerlangan, kedamaian dan ketenangan. Dan Allah   
SWT menjelaskan bahawa kejayaan yang sebenar bagi seorang muslim ialah apabila ia berjaya menjejaki kakinya ke syurga yang indah lagi mempesonakan! Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."
(Al 'Imran(3): 185

Kayu ukur kejayaan bagi seseorang Muslim ialah syurga dan neraka. Keredhaan Allah SWT atau kemurkaan Allah SWT. Dunia adalah tempat untuk mengumpul segala bekalan kebaikan untuk dipersembahkan kepada Allah SWT. Jika berusaha dengan penuh kesedaran, kefahaman, dan keyakinan, Insya-Allah pintu menuju hasanah dunia dan akhirat terbentang luas di hadapannya.


"Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan yang sempurna balasanmu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya." 

No comments:

Post a Comment