saya dah kena sengat 4 kali setakat ni..yang terbaru pada 29 Mei 2012..
meh nak bagi PETUA HILANGKAN SAKIT DIGIGIT LIPAN(tradisional).
cara untuk menghilangkan sakit yang menyucuk-nyucuk akibat digigit ialah dengan menggunakan tembakau.
ambil sedikit tembakau, kunyah dan perah airnya ke tempat yang digigit.
kalau tak ada tembakau, asam jawa juga boleh menggantikan tembakau. ambil air perahan asam jawa kemudian sapukan ke tempat yang digigit. lakukan berulang kali.
selain itu, anda juga boleh menggunakan batu geliga. batu ini susah untuk dijumpai, biasanya batu ini digunakan sebagai permata cincin. batu ini memang mujarab. anda hanya perlu tekankan batu ini ke tempat yang digigit lebih kurang 20 minit. anda hanya perlu tahan sakit pada masa rawatan itu.
Doa-doa Penawar |
Letakkan tangan anda ke tempat yang sakit lalu baca doa di bawah. |
Jika orang lain yang sakit, letakkan tangan anda ditempat yang sakit |
lalu berdoa seperti di bawah: |
بسم الله الر حمن الر حيم |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang |
(Dibaca 3 kali) |
اَعُوذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَبِقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِمَا اَجِدُ وَاُحَاذِرُ |
Aku berlindung dengan kebesaran Allah dan kekuasaanNya |
dan kejahatan apa yang aku deritai dan aku khuatirkan |
Sisakit hendaklah memperbanyakkan bacaan berikut : |
لا اِلهَ اِلا اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ , لا اِلهَ اِلا اللهُ وَحْدَهُ |
لا شَرِيْكَ لَهُ , لا اِلهَ اِلا اللهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ |
لا اِلهَ اِلا اللهُ ,لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ الا بِاللهِ |
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar |
Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya |
Tiada sekutu bagiNya, Tiada Tuhan melainkan Allah |
bagiNyalah Pemerintahan dan Kerajaan dan bagiNya segala pujian |
Tiada Tuhan melainkan Allah |
Tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah |
Rasulullah s.a.w. menyapukan tangan baginda ketubuh ahli keluarga |
yang sakit dengan tangan kanan lalu membaca |
اَللهُمَّ رَبِّ النَّاسِ مَذْهِبَ البَأسِ اِشفِ اَنْتَ الشَّافِى |
لا شَافِى اِلا اَنْتَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمَا |
Ya Allah, Tuhan segala manusia, yang menghilangkan penyakit |
sembuhkanlah. Engkaulah penyembuh selain Engkau |
sembuh yang tidak meninggalkan sakit lagi |
Riwayat Muslim |
Doa untuk menyembuh bisul dan ketumbuhan |
اَللهُمَّ مُصَغَرَ الْكَبِيرِ وَمُكَبِّرَ الصَّغِيرِ صَغِّرْ مَابِى |
Ya Allah , Tuhan yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil |
kecilkanlah apa yang tumbuh pada badanku. |
Doa untuk sembuhkan pening dan demam |
بسم الله الر حمن الر حيم, بسم الله الْكَبِيرِ |
نَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ مِنْ شَرِّعَرقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّحَرِّ النَّارِ |
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, |
Dengan nama Allah yang Maha Besar |
kami berlindung dengan Allah dari kejahatan peluh yang mendidihkan darah |
dan dari kejahatan kepanasan neraka |
Doa sebelum makan/minum ubat |
بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ |
أَذْهِبِ الْبَائْسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ اَنْتَ الشَّافِى |
َلا شَافِىَ اِلا اَنْتَ اَللهُمَّ اِنِّى اَسْئَلُكَ الْعَافِيَةَ |
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang |
Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah derita, sembuhkanlah, |
Engkaulah yang Maha Penyembuh. Tiada Penyembuh kecuali Engkau |
Ya Allah aku mohon sihat afiat kepadaMu |
Doa selepas makan/minum ubat |
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِى كَفَانَا وَاَرْوَانَا غَيْرَمَكْفِيَ وَلا مَكْفُورِ |
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kepada kami kecukupan |
dan kepuasan yang tidak terabaikan dan tidak tertolak |
Doa supaya lekas sembuh |
اَسْاَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ اَنْ يَشْفِيَنِى شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا |
Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung agar menyembuhkanku |
benar-benar sembuh yang tidak terabaikan dan tidak tertolak. |
Allah menjadikan penyakit dan Allah telah menyediakan penawarnya |
Berusahalah mencari penawar. |
Iringi dengan doa dan tawakkal kepada Allah |
haha..belajar dari orang yang berpengalaman...hehe
ReplyDeleteSemoga pinggang sy sembuh dari gigitan lipan......Aamiin......
ReplyDeleteMasyaAllaah yaa robbi ,, kami kena gigit lipan di leher,, alhamdullilah ,,,, leher terasa teruk sangat,, tak bisa tidur. Ampun yaa robbi.
ReplyDeleteDh byk kali kena gigit lipan.mlm ni kna gigit kt kemaluan.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Lepas baca doa ni hilang sikit denyup.. Tq share ilmu
ReplyDelete