Saturday 30 June 2012

Mengapa Yahudi Lebih Bijak?




1) Persiapan awal untuk melahirkan zuriat

  • Si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami.
  • Sejak awal mengandung si ibu gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk makan tengah hari ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi  kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
  •  Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
2) Pemakanan
  • Mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja. Jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
  •  Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.
  • Melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah -buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)
3) Kesihatan(Rokok)
  • dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka.
  • Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).
4) Kanak-kanak
  •  Dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
  • Sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatannegara.
  • digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi apatah lagi ia merupakan senjata, perubatan dan engineering, idea ini akan dibawa ke institute tinggi di politeknik dan universiti.
5) Remaja
  • Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Mereka begitu agresif tentang perniagaan.
  • Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan hanya akan lulus jika kumpulan(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta. Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syariakt milik yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai 1/2 perniagaan didunia.
  • Siapakah pencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
kenapa Yahudi mengikut cara yang diaajarkan oleh nabi Muhammad saw..sedangkan kita orang Islam sendiri tidak mengamalkannya...??

kaedah bermain musik boleh ditukarkan kepada permainan lain contohnya seperti bermain puzzle, rubix cube, permainan yang tidak bertentangan dengan Islam atau hafal al-Quran.

bangkitlah  diriku dan wahai saudara seIslam untuk terus ke hadapan!!

1 comment:

  1. The best casinos in 2019 for real money - DRMCD
    Best casino 창원 출장안마 in 2019 for real money: Best Casino Online USA. Real 창원 출장안마 money casinos. If you 제천 출장안마 are a gambler, you are in the right place 통영 출장안마 to 안양 출장안마 make some

    ReplyDelete