Friday 25 May 2012

KAMI KAWAN SEJATI!!



Pernahkan anda terfikir untuk mencari seorang kawan sejati dalam hidup? Adakah anda tahu siapa dia?

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan. 

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;

Adakah anda seorang kawan sejati?  
                                     
Suka saya kongsikan cara memilih sahabat sejati...:)

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka memberi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau dia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan.(menyebutnya) 

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika dia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupnya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika sesuatu kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankan serta menhiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, dia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalalu engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


carilah teman dan sahabat yang benar2 ikhlas dan tiada apa2 kepentingan melainkan mengharapkan redha dan rahmat ALLAH.. bersahabatlah dengan orang yang boleh membawa ingat ALLAH dan dapat menolong kita selepas mati kita. Walaupun kita 
berseorangan dan bersendirian didalam kubur tetapi kita tetap dalam doa dan ingatannya serta tiada lupa mengirimkan hadiah pahala kebajikan yang berkekalan... 

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)



No comments:

Post a Comment